Surat berantai khurafat fitnah “Sheikh Ahmad”
Majlis Fatwa Kebangsaan 1978 mengesahkan surat ini ditulis
oleh paderi-paderi biara Blessings of St Antonio, Texas, USA pada tahun 1974/75
untuk mengelirukan umat Islam. Penulis asal surat ini ialah mendiang Father
Francis Jose de Villa, seorang paderi Katolik dari Argentina berketurunan
Arab-Syria (bekas penganut Islam, nama asalnya Mohamed Elias Skanbeg). Dia
pernah bertugas di Instituto Sacristo Convocione Reliogioso di Brindisi, Itali
sebagai mubaligh katolik antara tahun 1966-1968 di bawah Cardinal Agostino
Casaroli. Father de Villa meninggal dunia pada tahun 1980 di Texas dalam usia
54 tahun. Menurut Allahyarham Sayyed Mohamed Raisuddin Al-Hashimi Al-Quraisy,
penjaga makam Rasulullah SAW di Madinah antara tahun 1967-hingga 1979, tidak
ada penjaga makam bernama Sheik Ahmad antara tahun 1881 hingga 1979. Penjaga
makam di Madinah ialah: Sayyed Turki Abu Mohamed Abdul Razaque Al-Hashimi
Al-Quraisy (1881-meninggal dunia 1932), anaknya Sayyed Hashim Abu Faisal Abdul
Jalil Al-Hashimi Al-Quraisy (1932-meninggal dunia 1934), adiknya Sayyed Abdul
Karim Mutawwi Al-Hashimi Al-Quraisy (1934-bersara 1966) dan anak saudaranya
Sayyed Mohamed Raisuddin bin Mohamed bin Abdul Razaque Al-Hashimi Al-Quraisyi
(1967-meninggal dunia 1979).
Bekas menteri besar Perak Allahyarham Tan Sri Mohamed
Ghazali Jawi bertaubat dan mengucap kalimah syahadat sekali lagi di hadapan
Kadi Daerah Kinta pada tahun 1976 setelah beliau mengaku pernah menerima dan
mengirim surat ini kepada dua puluh orang kawannya. Peristiwa ini berlaku tidak
lama sebelum beliau meninggal dunia. Bekas Kadi Daerah Kinta meminta beliau
mengucap semula kerana bimbang beliau telah gugur syahadah (murtad).
Allahyarham Datuk Shafawi Mufti Selangor mengisytiharkan bagi pihak Majlis
Fatwa Kebangsaan bahawa barang siapa dengan sengaja menyebarkan risalah ini
adalah “melakukan syirik dan tidak mustahil jatuh murtad melainkan dia
bertaubat dan menarik balik perbuatannya itu terhadap sesiapa yang telahpun
dikirimkan risalah ini”. (Surat Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia Bil.
7/78/I). Keputusan ini diiktiraf oleh Majlis Raja-raja Melayu dalam
mesyuaratnya diPekan pada 16 Oktober 1978, dipengerusikan oleh Almarhum Sultan
Idris Shah, Perak.
Menurut Majlis Fatwa Kebangsaan 1978, menyebar surat ini
“termasuk dalam menyekutukan Allah S.W.T. dengan syirik yang amat besar
(shirk-i-kubra) serta mempermainkan Rasulullah S.A.W. serta menyebar dengan
niat tidak baik kekeliruan dan muslihat di kalangan umat Islam.”.
Lagipun,”surat ini menggambarkan pembohongan yang amat besar terhadap junjungan
besar Nabi Muhammad S.A.W. serta ajaran baginda kerana menggambarkan SHEIK
AHMAD sebagai perawi hadith sesudah kewafatan baginda”. Allahyarham Datuk
Sheik-ul-Islam Mufti Kedah dalam Risalat Al-Aman 1983/Bil 8, surat ini “paling
kurang menimbulkan syirik kecil dan murtad secara tidak sengaja terkeluar dari
Islam, serta syirik yang besar jika sengaja maka taubatnya tidak sah melainkan
dibuat dengan sesungguhnya. Adapun jika seseorang itu menyalin surat ini kepada
umat Islam lain, jatuhlah hukum ke atasnya mentablighkan perkara syirik dan
khurafat. Sesungguhnya ulamak sependapat perbuatan itu sungguh besar syiriknya
dan boleh mengakibatkan murtad walaupun tanpa sedar si-pengirim”.
Sumber : http://www.facebook.com/AbuHandzalah

Alhamdulillah, sedikit perkongsian dari sahabat kepada sahabat sekelian.Surat berantai telah dijatuhkan atas hukum syirik dan khurafat.Para ulamak berpendapat bahawa ianya satu perbuatan syirik besar dan boleh akibatkan murtad dalam tidak disedari.
BalasPadam