Rabu, 31 Oktober 2012

NEGARA ISLAM CARA RASULULLAH S.A.W. (DAULAH ISLAMIYAH)





                                   



Ramai orang tanya bagaimana ingin menegakkan negara Islam sebenar tanpa sistem demokrasi? Malangnya walaupun ada yang sudah tahu tapi buat-buat tidak faham & bertanya lagi bagaimana dan bagaimana.. ikuti ulangannya...

Sunnah Rasulullah s.a.w Dalam Membina Negara Islam

  Dua tahap penting dalam melaksanakan Daulah Islamiyah :

Tahapan pembinaan & pengkaderan (marhalah tatsqif wat taqwin)

  Tiga langkah yang diambil oleh Rasulullah s.a.w dalam tahap ini :

Pemantapan akidah.

Pembentukan sahsiyah Islamiyah. Rasulullah s.a.w membentuk dan membina diri para sahabat dengan akhlak mulia sebagai orang Islam sebelum memulakan dakwah.

Membentuk kelompok (kutlah) dakwah. Rasulullah s.a.w membentuk 2 kelompok yang masing-masing di ketuai oleh Saiyidina Umar al-Khattab r.a & Saiyidina Hamzah r.a.

Tahapan pertama ini berlangsung selama 3 tahun iaitu tahun 610M-613M. Kemudian turun ayat berikut :


''Maka sampikanlah secara terang-terangan apa yg di perintahkan kepadamu dan berpalinglah daripada orang-orang musyrik.'' [Surah al-Hijr:94]

Lalu Rasulullah s.a.w dan para sahabat menzahirkan kelompok mereka.

Tahapan interaksi dan perjuangan (marhalah tafa'ul wal kiffah)

3 lagkah yang diambil oleh Rasulullah s.a.w dalam tahap ini :

Syira'ul Fikri (pertarungan pemikiran).
 Ayat-ayat makkiyah yg turun dalam tahapan ini berupa ayat-ayat yang membidas sistem pemerintahan jahiliyah, sistem ekonomi, sistem sosial jahiliyah dan sebagainya.

Kifahus Siyasi (perjuangan politik).
 Dalam peringkat ini Al- Quran dengan tegas membidas perbuatan para pemimpin quraisy kerana kesombongan mereka menerima kebenaran dan mereka bersikap mempertahankan kekufuran sehingga berlaku pemboikotan, penindasan, penganiayaan dan penyeksaan kepada kaum Muslimin, Bilal dan para sahabat di seksa serta keluarga Yassir dibunuh.

Thalabun Nusrah (mencari pertolongan dari org yang memiliki kekuatan).
 Menurut Ibnu Ishak, Rasulullah s.a.w menemui 40 kabilah yang mahir berperang antaranya Bani Hanifah, Bani Amir Sha' sha', Bani Kindah, Bani Tsaqif, Bani Kilab dll, namun semuanya menolak. Usaha mencari nusrah dari kalangan ahlul quwwah ini tetap di teruskan oleh Rasulullah s.a.w. sehinggalah tahun 621M. Kemudian Rasulullah s.a.w berjaya mendapat nusrah dari suku 'Aus & Khazraj lalu 12 orang dari suku 'Aus dan Khazraj ini membai'ah Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini di kenali sebagai bai'at aqabah 1 lalu baginda mengutus Mushab b Umair bersama-sama 12 orang dari suku 'Aus dan Khazraj untuk pulang ke Yathrib (Madinah). Tahun berikutnya 622M Mushab berjaya mengajak 75 orang dari kalangan suku 'Aus & Khazraj membai'ah Rasulullah s.a.w dan mereka sanggup memberi nusrah tanpa syarat serta memberi perlindungan kepada Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Maka muncullah Daulah Islam yang pertama di dunia.

Kesimpulan, 

 Melihat perjuangan umat Islam untuk membina negara Islam pada hari ini, namun masih ada yang tidak kena. Ada sesuatu yang telah hilang dari umat Islam yakni hilangnya thariqah dan sunnah Rasulullah s.a.w dalam membina negara Islam. Kita tidak hairan para sahabat mempunyai aqidah yg benar-benar mantap sehingga perjuangan mereka hanya melihat jalan syurga. Kita tidak hairan begitu mulianya akhlak para sahabat dan umat Islam terdahulu kerana mereka terlebih dahulu membina sahsiyah Islam sebelum keluar berdakwah kepada masyarakat. Kita juga tidak hairan mengapa pada saat ini ramai para cerdik pandai agama berdakwah namun ada yang tidak mencerminkan akhlak sebagai pendakwah. Kita juga tidak hairan mengapa Rasulullah s.a.w dan para sahabat di beri nusrah oleh golongan yang mempunyai kuasa pemerintahan di kala itu. Sesungguhnya ALLAH melihat hati yang suci bersih untuk di beri pertolongan dari jalan yg tidak di sangka-sangka.

Adakah thariqah & sunnah Rasulullah s.a.w ini relevan pd saat ini? 

 Inilah yang selalu ditanya oleh masyarakat yang masih mencari kebenaran.Tidak kurang juga yang bertanyakan itu adalah orang-orang munafiq yg menjadi ejen pemerintah sekular, yang berusaha meniupkan keraguan di dalam benak kaum Muslimin saat ini. Ketahuilah sahabat-sahabatku yang di kasihi, Rasulullah s.a.w telah mengungkapkan bisyarah (khabar gembira) bahawa daulah Islam akan kembali memayungi dunia melalui jejak jalan thariqah & sunnah.

 Rasulullah s.a.w,bersabda Nabi s.a.w :
 ".. Setelah itu, masa kerajaan yang diktator (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia menghendaki untuk mengangkatnya.
Selanjutnya akan kembali masa Khilafah (daulah Islam) yang mengikuti jejak kenabian." Kemudian baginda diam. 

(Hadis Riwayat Ahmad dan Imam Baihaqi daripada Nu'man bin Basyir daripada Hudzaifah)

Wallahualam..