April fool? Ya ! 1 April merupakan
April Fools Day.Orang Barat menyebutnya sebagai ‘April Mop’.Ada apa dengan
april fool? Ramai orang Islam kini tidak tahu apa yg terkandung dalam april
fool,yg mereka tahu ialah april fool adalah hari dimana boleh membodohkan orang
atau mengenakan orang lain serta hari yg boleh dibuat kejutan.Sayangnya tidak
ramai yg tahu asal usul april fool ini.Namun tahukah anda jika perayaan
tersebut sesungguhnya berasal dari sejarah kekejaman tentara Salib terhadap Muslim
Sepanyol(Andalus)? Perayaan April fool yang selalu diakhiri dengan kegembiraan
dan kepuasan itu sesungguhnya berawal dari satu tragedi besar yang sangat
menyedihkan dan memilukan. April Mop atau The April’s Fool Day berawal dari
satu episode sejarah Muslim Spanyol di tahun 1487 atau bertepatan dengan 892 H.
Sebelum sampai pada tragedi tersebut, ada baiknya kita mengimbau sejarah
Sapanyol ketika masih di bawah kekuasaan Islam.
Sejak dibebaskan Islam pada abad ke-8 M oleh Panglima Thariq
bin Ziyad, Spanyol berangsur-angsur tumbuh menjadi satu negeri yang makmur.
Pasukan Islam tidak saja berhenti di Sepanyol, namun terus melakukan pembebasan
di negeri-negeri sekitar menuju Perancis. Perancis Selatan dengan mudah
dibebaskan. Kota Carcassone, Nimes, Bordeaux, Lyon, Poitou, Tours, dan
sebagainya jatuh. Walau sangat kuat, pasukan Islam masih memberikan toleransi
kepada suku Goth dan Navaro di daerah sebelah Barat yang berupa
pegunungan.Islam telah menerangi Sepanyol.Disebabkan sikap para penguasa Islam
begitu baik dan rendah hati, maka ramai penduduk Sepanyol yang kemudian dengan
tulus dan ikhlas memeluk Islam. Muslim Sepanyol bukan hanya beragama Islam,
namun mereka sungguh-sungguh mempraktikkan kehidupan Islam. Mereka tidak hanya
membaca Al-Qur’an tapi juga bertingkah laku berdasarkan Al-Qur’an. Mereka
selalu berkata tidak untuk muzik, arak, pergaulan bebas, dan segala hal yang
dilarang Islam. Keadaan tenteram seperti itu berlangsung hampir enam abad
lamanya.Selama itu pula kaum kafir yang masih ada di sekeliling Sepanyol tanpa
kenal lelah terus berupaya membersihkan Islam dari Sepanyol, namun mereka
selalu gagal. Telah beberapa kali dicuba tapi selalu tidak berhasil. Dikirimlah
sejumlah pengintip untuk menyiasat kelemahan umat Islam di Sepanyol. Akhirnya
pengintip itu menemukan cara untuk menaklukkan Islam di Spanyol, yakni
melemahkan iman mereka dulu dengan jalan serangan pemikiran dan budaya.Maka
mulailah secara sembunyi-sembunyi mereka mengirim alkohol dan rokok secara
percuma ke dalam wilayah Sepanyol. Muzik diperdengarkan untuk menarik minat
kaum muda agar lebih suka bernyanyi dan menari daripada membaca & mendengar
ayat-ayat Qur’an. Mereka juga mengirim sejumlah ulama palsu yang ditugaskan
meniup-niupkan perpecahan di dalam tubuh umat Islam Sepanyol. Lama-kelamaan
upaya ini membuahkan hasil.
Akhirnya Spanyol jatuh dan dikuasai pasukan Salib.
Penyerangan oleh pasukan Salib benar-benar dilakukan dengan kejam tanpa
mengenal peri kemanusiaan. Tidak hanya pasukan Islam yang dibunuh tapi termasuk
juga penduduk awam, wanita, anak-anak kecil, orang-orang tua, semuanya dibunuh
dengan sadis.Satu persatu daerah di Sepanyol jatuh, Granada adalah daerah
terakhir yang ditaklukkan. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol (juga disebut
orang Moor) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri.
Tentera-tentera Kristian terus mencari & mengejar mereka.Ketika jalan-jalan
sudah sepi, yg tinggal hanya sisa ribuan mayat yang bergelimpangan bermandikan
darah, tentera Salib mengetahui bahwa ramai Muslim Granada yang masih
bersembunyi di rumah-rumah. Dengan lantang tentera Salib itu mebuat pengumuman
bahwa para Muslim Granada boleh keluar dari rumah dengan aman dan diperbolehkan
berlayar keluar dari Sepanyol dengan membawa barang-barang keperluan mereka.
“Kapal-kapal yang akan membawa kalian keluar dari Sepanyol sudah kami
persiapkan di pelabuhan. Kami menjamin keselamatan kalian jika ingin keluar
dari Sepanyol, setelah ini maka kami tidak lagi memberikan jaminan!” demikian
helah tentera Salib.Orang-orang Islam masih curiga dengan tawaran ini. Beberapa
dari orang Islam diperbolehkan melihat sendiri kapal-kapal penumpang yang sudah
dipersiapkan di pelabuhan. Setelah benar-benar melihat ada kapal yang sudah
dipersiapkan, maka mereka segera bersiap untuk meninggalkan Granada bersama-sama
menuju ke kapal-kapal tersebut.
Keesokan harinya, ribuan penduduk Muslim Granada yang keluar
dari rumah-rumahnya dengan membawa seluruh barang-barang keperluannya berjalan
menuju pelabuhan. Beberapa orang Islam yang tidak mempercayai tentera Salib
bertahan dan terus bersembunyi di rumah-rumahnya. Setelah ribuan umat Islam
Sepanyol berkumpul di pelabuhan, dengan cepat tentera Salib menggeledah
rumah-rumah yang telah ditinggalkan penghuninya & membakarnya.Api marak
menjulang ketika para tentera Salib itu membakar rumah-rumah tersebut bersama
orang-orang Islam yang masih bertahan di dalamnya.Sedang ribuan umat Islam yang
tertahan di pelabuhan terpana ketika tentera Salib juga membakar kapal-kapal
yang dikatakan akan mengangkut mereka keluar dari Sepanyol. Kapal-kapal itu
dengan cepat tenggelam. Ribuan umat Islam tidak bisa berbuat apa-apa kerana
mereka tidak bersenjata. Mereka juga kebanyakan terdiri dari para perempuan dan
anak-anaknya yang masih kecil-kecil. Sedang tentera Salib itu telah mengepung mereka
dengan pedang terhunus.Dengan satu teriakan arahan dari pemimpinnya, ribuan
tentera Salib itu segera membunuh dan menghapuskan umat Islam Sepanyol tanpa
perasaan belas kasihan. Jerit tangis dan takbir membahana.Seluruh Muslim
Sepanyol di pelabuhan itu habis dibunuh dengan kejam. Darah mengalir di
mana-mana. Laut yang biru telah berubah menjadi merah kehitam-hitaman. Tragedi
ini bertepatan dengan tanggal 1 April. Inilah yang kemudian diperingati oleh
dunia Kristian setiap tanggal 1 April sebagai April Mop (The Aprils Fool Day).
Bagi umat Islam April Mop tentu merupakan tragedi yang
sangat menyedihkan. Hari di mana ribuan saudara-saudaranya seiman disembelih
dan dibunuh oleh tentera Salib di Granada, Sepanyol.Oleh kerana itu tidak patut
jika ada orang Islam yang turut serta merayakan tradisi ini kerana dengan
merayakan April Mop, sesungguhnya orang-orang Islam itu ikut bergembira dan
tertawa atas tragedi tersebut. Siapa pun orang Islam yang turut merayakan April
Mop, maka ia sesungguhnya tengah merayakan ulang tahun pembunuhan ribuan
saudara-saudaranya di Granada, Sepanyol beberapa abad silam.
Jadi,adakah anda juga termasuk orang yang merayakannya?
Sebarkan kepada umat..
Sumber : http://www.facebook.com/AbuHandzalah

Tiada ulasan:
Catat Ulasan