Dari Jabir r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. telah
memberitahu kami bahawa Malaikat Jibrail telah memberitahu Rasulullah s.a.w
katanya:"Wahai muhammad demi Allah yang mengutusmu sebagai nabi yang
besar, sesungguhnya ada seorang hamba Allah yang beribadat selama 500 tahun
diatas sebuah bukit yang lebar,panjangnya bukit itu 30 puluh hasta kali 30
hasta dan disekelilingnya ialah air laut yang seluas 4,000 farsakh dari tiap
penjuru.
Dan di situ Allah s.w.t mengeluarkan air selebar satu jari
dan dari bawah bukit dan Allah s.w.t juga telah menghidupkan sebuah pohon
delima yang setiap hari mengeluarkan sebiji buah delima. Apabila tiba waktu
petang hamba Allah itu pun memetik buah delima itu dan memakannya, setelah itu
ia pun sembahyang. Dalam sembahyang ia telah meminta kepada Allah s.w.t. supaya
mematikannya ketika ia dalam sujud, supaya badannya tidak disentuh oleh Bumi
atau apa-apa saja sehingga tibanya hari berbangkit.Maka Allah s.w.t. pun menerima
permintaanya.
Berkatalah malaikat lagi:"Oleh itu setiap kali kami
naik turun dari langit kami melihatnya sedang sujud, kami mendapat dalam ilmu
bahawa ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dan dihadapkan kepada Allah s.w.t.
lalu Allah s.w.t. menyuruh Malaikat:"masukkanlah hambaku itu ke dalam
syurga dengan limpah rahmatku:" maka berkata orang itu:"Dengan
disebabkan amalku?" Maka Allah s.w.t. menyuruh malaikat menghitung semua
amalnya dengan nikmat yang Allah s.w.t. berikan.Apabila penghitungan dibuat maka
amal yang dibuat oleh orang itu selama 500 tahun itu telah habis apabila dikira
dengan sebelah mata, yakni nikmat pengelihatan yang Allah s.w.t. berikan
padanya, sedangkan nikmat-nikmat lain belum dikira.
Maka Allah s.w.t. berfirman:"Masukkan ia kedalam
neraka".Apabila ia ditarik ke neraka maka ia pun berkata:"Ya Allah,
masukkanlah aku ke dalam syurga dengan rahmarmu."Lalu Allah s.w.t.
berfirman kepada malaikat:"Bawakan ia ke mari".Kemudian Allah s.w.t.
bertanya orang itu:"Siapakah yang menjadikan kamu daripada tidak
ada"Lalu orang itu menjawab:"Engkau ya Allah".Kemudian Allah
s.w.t. bertanya lagi:"Apakah itu kerana amalmu atau rahmatku?".jawab
orang itu:"Ya Allah, dengan rahmatmu."Allah s.w.t. bertanya
lagi:"Siaapakah yang memberikan kekuatan sehingga 500 tahun kamu
beribadat?".Jawab orang itu:"Engkau ya Allah".Allah s.w.t.
bertanya lagi:"Siapakah yang menempatkan kamu diatas bukit yang di
tengah-tengah lautan, dan siapakah yang mengeluarkan air tawar yang bersih dari
tengah-tengah lautan yang airnya sangat masin dan siapakah yang menumbuhkan
sebuah pohon delima yang mengeluarkan sebiji delima setiap hari, padahal buah
itu hanya berbuah setahun sekali lalu kamu meminta supaya aku matikan kamu
dalam sujud, jadi siapakah yang membuat semua itu?"
lalu orang itu berkata:"Ya Allah, ya Tuhanku engkaulah
yang melakukanya."Allah s.w.t. berfirman:"Maka semua itu adalah
dengan rahmatku dan kini aku masukkan kamu ke dalam syurga juga adalah dengan
rahmatku."Malaikat Jibrail berkata:"Segala sesuatu itu terjadi hanya dengan
rahmat Allah s.w.t.
Amal yang dibuat oleh seseorang itu tidak akan dapat
menyamai walaupun setitik debu sekalipun dengan nikmat yang Allah s.w.t.
berikan pada hambanya, oleh itu janganlah mengharapkan amal kita itu akan dapat
memasukkan kita ke dalam syurga Allah s.w.t. sebaliknya memohonlah dengan
rahmatnya.
Sebab hanya dengan rahmat Allah s.w.t. sajalah seseorang itu
dapat memasuki syurganya .Apabila kita memohon kepada Allah s.w.t. supaya
dimasukkan ke dalam syurga dengan rahmatnya maka mintalah supaya Allah s.w.t.
memasukkan kita dengan rahmatnya ke dalam syurga FIRDAUS.
SEBARKANLAH ,SEMOGA BERMANFAAT.




